Latest Writings
Jika anda malas untuk melihat kedudukan blog anda setiap hari, anda boleh memasang widget ini sahaja. Walaupun Technorati mempunyai widget tersendiri, kebanyakkan para Blogger lebih selesa dengan widget ini. Dengan widget ini anda boleh melihat secara langsung bilangan link anda yang berada di blog kawan-kawan anda. Jika anda perasan, authority juga turut tersedia. Jadi jika anda mahu melihat pautan blog anda, ini adalah widget yang paling sesuai.
Menambah efek salji
Kali ini kita akan menambah efek salji pula dalam blog, semakin menarik bukan? Sebelum memasang efek salji ini penulis syorkan blog yang anda mempunyai latarbelakang yang gelap sahaja, yakni tanpa sebarang imej. Hal ini kerana warna yang hitam dapat menimbulkan feel kepada pembaca, cewahhh… Tutorial ini khas untuk ibu-ayah-xtvt yang telah bertanyakan mengenai hal ini sejak beberapa hari lalu.
Tag istimewa dari Warirc2

Memandangkan ini bukan tag yang biasa dari tag yang kita pernah baca dan balas, penulis dengan gembiranya menjawabnya. Bukan apa, tag seperti fakta diri sendiri, makanan kegemaran, pengalaman malam pertama dan banyak lagi tag sebegini sedikit sebanyak boleh mengantoikan diri penulis. Lagipun penulis tiada kisah peribadi yang menarik untuk diceritakan dan secara jujurnya penulis amat berat hati untuk menjawabnya. Diharap semua pembaca yang berkunjung diblog ini faham dengan keputusan penulis.
Apa itu Adiwidget?

Adiwidget merupakan layanan percuma imej statik yang diletakkan di bucu blog. Imej statik ini boleh berupa pelekat, imej animasi dan pelbagai lagi imej menarik (penulis lebih senang memanggilnya sebagai avatar). Sebenarnya di Blogmenjerit sudah ada avatar, tetapi tidaklah seserius Adiwidget yang hanya menumpulkan sepenuhnya pada avatar sahaja. Penulis lebih selesa memberi tutorial asas sahaja. Mungkin Adiwidget telah lama bertapak dalam dunia avatar, dan penulis pula kurang mahir dalam pengguna Photoshop. Lebih baik kami berkerjasama sahaja bukan?
Memasang pesanan tampil di setiap postingan
Komen lah setiap kali membaca mana-mana postingan, biarkan penulis berasa sedikit dihargai
Pernah lihat pesanan ini disetiap postingan penulis? Ianya terletak di akhir postingan penulis dan ia akan muncul jika anda membaca keseluruhan postingan. Selain pesanan diatas anda juga boleh meletakkan apa-apa iklan bagi memastikan pulangan yang berlipat kali ganda. Tidakkah ianya menguntungkan anda?
Meletakkan efek pada imej
Photofun merupakan lamanweb yang menawarkan perkhidmatan efek secara percuma. Anda boleh memilih mana-mana imej anda untuk diefekkan dengan efek-efek yang ditawarkan. Sebanyak 50 efek ditawarkan setakat ini dan antara efek-efek yang ditawarkan membuatkan penulis teruja contohnya efek On the Moon, efek Art exhibition, efek Museum dan efek Vogue. Di bawah ini ada beberapa contoh efek dan anda boleh pilih sendiri mana-mana efek kesukaan anda.








