Latest Writings
Masalah kehabisan bandwidth
Memasang multi-style background

Ramai yang bertanyakan penulis mengenai tutorial ini, harap anda berpuas hati dengan tutorial terbaru ini. Bagi mereka yang kreatif mereka boleh buat lagi cantik daripada penulis. Untuk demo, anda boleh klik di sini.
Memasang serangga Ladybugs
Harus di ambil perhatian, sila letakkan widget ini dielemen teratas. Contohnya dibawah header atau diatas sidebar (paling atas). Elakkan dari meletakkan di bahagian footer. Jika tidak, link diblog anda tidak boleh diklik.
UiTM sedia tawar kursus penulisan blog
Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu Shah berkata, kebebasan media alternatif kini menakutkan kerana mereka boleh menulis tanpa kepakaran dalam bidang pemberitaan, tidak tertakluk kepada etika dan jarang sekali didakwa di mahkamah.
”Penulisan blog adalah terbuka dan boleh diceburi oleh sesiapa sahaja berbanding pengamal media tradisional yang memerlukan kelayakan, pengalaman dan latihan.
“Saya menyokong sepenuhnya cadangan ini (kursus berkaitan blog). Ia amat kena pada masanya. Kita tahu mereka (penulis blog) sudah pandai tetapi ia perlu bagi membantu mereka menjadi blogger yang profesional dan beretika,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Media dan Pilihan Raya Umum 2008 anjuran Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM di sini hari ini.
Beliau ditanya sama ada UiTM ada cadangan untuk menawarkan pengajian tertentu kepada blogger berikutan penulis blog ketika ini bebas menulis apa saja tanpa perlu mengikuti pengajian bersifat akademik.
Terdahulu dalam ucapannya, Ibrahim berkata, fungsi media massa kini telah berubah apabila media baru kini menjadi fokus golongan muda disebabkan sikap anti kerajaan mereka.
”Setiap kali media tradisional membuat kesilapan, media baru menjadi pilihan alternatif mereka. Setiap kali media tradisional cuba membentuk pendapat masyarakat, mereka kehilangan pembaca yang mempunyai pilihan media baru,” ujarnya.
Beliau juga berpendapat kebebasan media pada masa akan datang juga tidak boleh dipandang ringan oleh pengamal media dan ahli politik, ekoran perkembangan semasa.
Katanya, etika dalam media perlu agar media perdana dan media alternatif mendapat perspektif yang seimbang.
Baginya, jika media perdana didakwa cenderung menipu dan tidak adil apabila bertindak atas pengaruh parti pemerintah, media alternatif juga berpotensi untuk berbuat demikian.
”Sesiapa sahaja (media alternatif) boleh menulis. Mereka tidak perlu mempunyai kepakaran dalam bidang pemberitaan, tidak tertakluk kepada etika pemberitaan dan jarang sekali didakwa di mahkamah. Kebebasan ini menakutkan,” katanya.









