Latest Writings
Redirect page amatlah perlu dilakukan agar pengunjung blog lama tahu yang kini anda sudah bertukar domain. Ini juga penting agar anda tidak kehilangan pelawat, dalam masa yang sama ranking Technorati (contohnya) dapat dikurangi. Meskipun redirect page sudah disediakan dalam perkhidmatan blog anda masing-masing, penulis lihat ada sedikit kelemahan. Contohnya bagi pengguna Blogger, anda terpaksa klik YES atau NO terlebih dahulu sebelum anda diredirect. Penyelesaiannya penulis menggunakan META TAG Refresh bagi memudahkan proses redirect page.
Anugerah Blogger Ogos 2008 (versi 2)

Anugerah datang lagi dan penulis amat berterima kasih kepada mereka yang rajin mengedarkan anugerah-anugerah ini. Secara jujurnya, penulis takkan mengedarkan lagi anugerah ini dan biarlah penulis menyimpannya kat bawah katil penulis. Bukan apa, takut orang curi. Setakat ini empat anugerah digondol oleh penulis, dan setakat ini penulis ada enam anugerah. Dulu sudah dapat dua anugerah. Bagi mereka yang tak pernah dapat anugerah silalah berputih mata, haha. Terima kasih sekali lagi kepada mereka, tanpa mereka siapalah BlogMenjerit.
Memasang skrip Ikon Senyuman Riceballs
Baiklah, kali ini penulis ada membuat satu lagi skrip ikon senyuman. Ianya dipanggil Riceball kerana diilhamkan dari gumpalan nasi. Kalau orang melayu kita sebut, ia semacam pulutlah. Kesemuanya berjumlah 27 mood. Kebiasaannya ikon senyuman ini amat popular digunakan pada Wordpress dan kini anda pengguna Blogger boleh berbangga menggunakannya.
Menambah widget Twitter Counter
Baiklah, kali ini kita bercakap mengenai widget pula. Anda tahu apa itu Twitter? Anda sudah mempunyai akaun Twitter? Jika belum lakukan sekarang. Bagi mereka yang meminati widget counter bolehlah menjadikan widget Twitter Counter sebagai koleksi anda. Sebelum ini penulis biasa lihat counter Feedburner, Feedblitz dan Technorati. Apa-apa pun, penulis memang gemarkan widget terbaru ini.
Menukar default gravatar Wordpress
Bagi mereka yang menggunakan plugin gravatar dalam komentar mereka sudah tentu bosan melihat default gravatar itu bukan? Sekaligus membuatkan ruang komentar anda tidak mempunyai seri lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai jumlah komen yang banyak. Kebanyakkan para blogger yang profesional mencipta sendiri gravatar dan sekaligus memberikan tarikan para pelawat meninggalkan komen.
Memasang penomboran pada komentar
Satu lagi tutorial terbaik untuk Blogger. Sebelum ini hanya banyak digunakan oleh pengguna Wordpress tapi tidak lagi kini. Penomboran pada setiap komentar ini lebih memudahkan pelawat blog anda skrol setiap komen yang ada. Bagi pemilik blog yang mempunyai banyak komentar secara tidak langsung ia tidak menjemukan pelawat untuk membaca setiap komen yang ada. Anda boleh menggayakan penomboran ini mengikut kretiviti anda sendiri.








