• Home
  • Blogger
  • Wordpress
  • Website
  • Download
  • Graphic
  • Personal
or for more features!
BlogMenjerit : Pusat Kecantikan Blogspot dan Wordpress
BlogMenjerit : Pusat Kecantikan Blogspot dan Wordpress

Jangan lupa weyh... Seminit je amik masa.

Sejauh manakah anda serius berblogging?

27 August '08

Sejauh manakah anda serius berblogging?

Kebanyakkan pelawat blog ini masing-masing mempunyai blog sendiri, terima kasih kerana berblogging. Pertanyaan penulis, ’sejauh manakah anda serius berblogging?’. Jika jawapan anda sekadar suka-suka ataupun sekadar melepaskan tekanan, elakkan baca selanjutnya berkaitan entri ini. Tetapi jika anda masih mahu memperkasakan blog anda, bacalah dan update blog anda selepas ini ya. Memandangkan blog merupakan satu medium untuk tatapan sedunia membacanya, amatlah wajar untuk kita menilai tahap kita berblogging. Nanti tak ada la syok sendiri berblogging.

1. Templat Templat amat memainkan peranan yang penting bagi menarik minat pembaca untuk terus berada dalam blog anda. Jika anda sudah lama berblogging dan sudah selesa dengan kedudukan anda, sila cari mana-mana templat yang menepati kesesuaian dengan konsep blog anda. Sila pilih templat 1 atau 2 kolum sahaja. Blog yang unik adalah blog yang menarik.

2. Widget Widget yang banyak hanya membuatkan blog anda berat. Asingkan mana yang perlu dan tidak perlu, pelawat hanya suka blog yang sederhana. Bagi penulis, widget recent comment, related post, archieves dan about me adalah wajib. Lain-lain terpulang asalkan tidak lebih dari lima.

3. Header Banner Wajib ada. Banyak perisian yang boleh membantu anda mencipta Banner contohnya Adobe Photoshop. Jika anda tak pandai buat, rujuk photoshoptutorial.com dan bukannya blogmenjerit.com ya!

4. Tatabahasa dan kesalahan ejaan Walaupun selemah mana pun keputusan SPM anda, sila baiki cara penulisan anda. Elakkan kesalahan ejaan walaupun anda menggunakan bahasa pasar/rojak. Bahasa pasar masih boleh diterima ramai oleh pembaca tapi kesalahan ejaan hanya membuatkan anda seorang yang lemah. Sila lawati blog-blog yang matang dan lihat cara penulisannya, jadikan ianya sebagai inspirasi.

5. Kandungan penulisan Bukan mudah untuk menulis sesuatu tanpa sesuatu rujukan bukan? Anda perlu pastikan apa yang anda ingin tulis dan apa yang anda harus tahu mestilah merujuk Google. Elakkan merujuk kawan-kawan blogger yang lain sebagai rujukan anda, kebarangkalian anda untuk mencopypastenya terlalu tinggi. Pastikan kandungan anda segar dan telah diolah mengikut gaya anda tersendiri. Jika terdesak, nyatakan dari mana sumber anda mencopypastenya jika anda kekeringan sumber.

Selain itu gunakan perkataan yang mempunyai nilai yang tinggi semasa menulis dalam tempoh masa tertentu. Contohnya pada minggu lepas perkataan Anwar Ibrahim, UMNO, liwat, permatang pauh dan Blog Menjerit hangat diperkatakan sekitar Malaysia. Eh! Blog Menjerit tak masuk carta. Selain itu, perkataan berbaur seks juga blog dijadikan modal untuk menulis, tetapi sebaiknya dielakkanlah.

Selepas sesuatu entri siap, sila sertakan sekeping gambar berukuran lebar posting anda sebelum ia dipublishkan. Jika sesuatu entri anda tidak terlalu kuat, imej yang bersesuaian dengan entri anda boleh meransang pengunjung untuk membaca. Itulah teknik yang digunakan penulis, harap ianya berhasil.

6. Jadual Jangan paksa diri sendiri, cukuplah 3 entri seminggu. Kualiti lebih penting dari kuantiti. Kalau 1 entri setahun lebih baik lupakanlah niat tu.

7. Lain-lain Pastikan anda mendaftar di Technorati, Negaraku!, Twitter, Mybloglog dan lain-lain lagi. Sekurang-kurangnya anda taklah kolot sangat.

Jika anda boleh serius berblogging, bacalah tips di atas.

Sebar-sebarkanlah ya.

Related Posts

  • 10 Cara untuk dapatkan perhatian pengunjung
  • 10 Sebab kenapa blog anda jarang dikunjungi
Komen anda amat bernilai buat penulis. Tulislah walaupun sedikit, jadilah blogger yang bermanfaat.
motivasi
46 Comments 863 Views

or for more features!

RSS feed | Trackback URI

46 Comments »

Comment by cintamiloais
2008-08-27 23:42:41

serius dalam main-main bleh ke? hehe…apepun nice tips..boleh di aplikasikan lepas ni hehe

Reply to this comment
 
Comment by menteil
2008-08-27 23:56:58

aku berblog untuk bersuka ria.. haha..
ape ade kesah orang cakap.. :evil:

Reply to this comment
 
Comment by kakibangku
2008-08-28 00:33:27

hehe…blog aku standard n base untuk info
passion aku pd club aku

series ler…kalo x takkan bleh posting hari2…hehe

kalo ada cadangan nk menambah baik blog aku..di alu2kan
di terima atau di tolak belakang kira ..okeh..

Reply to this comment
 
Comment by sultan
2008-08-28 01:01:44

bro, sbnrnye aku blogging sekadar utk lepaskan tension je. kalo aku dpt wat org tersenyum skit pun jd la. mungkin aku pun bole tersenyum skit. entri aku stakat ni sekadar 2 entri seminggu. kalo ada masa ko try la tgk blog aku tu sesuai x utk sekadar sbg blog yg sederhana…

Reply to this comment
 
Comment by Adriana
2008-08-28 04:54:35

amat serius dan gigih buat masa 2 tahun ini. hahahah… :p

Reply to this comment
 
Comment by aeropama dot com
2008-08-28 07:34:21

aku berblog untuk kongsi ilmu. tp kalau ada awek single mingle nk berkenalan pun aku terima. ahaks…

ps: aku adalah lelaki single n available :wink:

Reply to this comment
 
Comment by yasha@dayah
2008-08-28 11:10:54

huhuhhu~ juin blog tok lepas geram~
gggggggggrrrrrrrrrrrr~ :evil: tp adew la gak surius nya~ :p

Reply to this comment
 
Comment by melayubuntu
2008-08-28 16:00:32

why so serious?
miahahhaa…

Reply to this comment
Comment by BlogMenjerit
2008-08-28 18:14:16

terpengaruh ngan joker ni? :-*

Reply to this comment
Comment by zlam
2008-09-16 22:49:28

Apa kabarnya..? Yang pasti saya serius.he..he
O ya..saya mau bertanya: saya tertarik dengan “tag cloud” yang di pasang di blog ini yang menggunakan animasi flash. Saya sudah coba setelah saya mengunjungi site : bloggerbuster melalui artikel “blogumus dan berhasil. Tapi anehnya ketika saya coba klik salah satu link categories, setelah itu tampilan tag cloud hilang ( tidak nampak lagi ). Begitu juga ketika saya coba klik link yang lain misal saya klik tombol “read more”.
Mohon bantuannya., kenapa ya? Jika tidak keberatan silakan email ke saya : zlamzugiart@gmail.com

Terima kasih

Reply to this comment
 
 
 
Comment by wanderis
2008-08-28 16:28:06

aku pulun la bg jd 3 kolum hang kata 1,2 kolum dah memadai…takpa aku br belajar… tp tak pandai nak tulis2.. apapun tq.. nanti aku copy artikel hang masuk dlm blog aku… :D hehe…takpa.. ada sumber

Reply to this comment
 
Comment by najlaa
2008-08-28 18:53:15

heh, aku baru start nk serious berblog ni…harap2 bleh istiqomah la…huhu…thanx for the tips…

nak exchange link ni…boley..? :wink:

Reply to this comment
 
Comment by yonna
2008-08-28 21:02:20

yezza..
tips yang bagus =)
saya sangat serius berblogging.
hehe..
tapi pasal personal la..

btw,tq for the tips :)

Reply to this comment
 
Comment by asm
2008-08-28 22:16:16

sk dgn blog sebb mcm2 benda baru blh di aplikasikan, cuma kesuntukan masa sbb bloging biasa amik masa yang lama untuk menceriakannya.sy suka isu2 atau lebih cenderung kpd bisnes, tp kurang mendapat sambutan, ji kini hanya tertumpu kepada peribadi dulu.lagipun pendapat sy byk blog pun xguna sebb bygkan untuk meng udate kannya mengmbil masa yang lama, skdr nk buat catatan no hal punya. hakikatnya perlu akur bkn menarik nak menarik orang ramai untuk mmbca blog kita.kecuali varisasi mencetus kita menhayatinya.blog ini seronok tp kn banyak ilmu rajin survey, barulah ok.

Reply to this comment
 
Comment by Kujie
2008-08-28 22:19:28

’search’ button mgkn nampak remeh, ttp juga satu kepentingan.

Reply to this comment
 
Comment by sue
2008-08-28 22:49:52

sekadar mengisi masa lapang…. dan lepaskan tekanan ..
terima kasih utk semua tips2 …. :)

Reply to this comment
 
Comment by Mr. Azman @.k.a Kreuger®
2008-08-29 00:06:07

Wah… cikgu aku kasik tips berguna. Dan kebanyakkan tips tersebut aku dah follow.. cume bahasa yang digunakan dalam blog aku, ada kalanye skema giler… dan tak kurang juge pasar raya… hahahaha…

Thanks BM.

Your Student,
Kreuger®

Reply to this comment
 
Comment by sweethoney
2008-08-29 10:24:24

saye blogging untuk suka2
tapi sayep juga mahu memantepkan blog :D
wpun suka2..
tp dikategorikan blogger tegar :P

hihi…neway, thanx..mmg tips yg besh :grin:

Reply to this comment
 
Comment by topo
2008-08-30 00:35:57

no 1) templat… hohoh aku sangat suka dengan tempalat aku skarg… nnt akalo da bosan nnt aku tukar lain.. ya aku gunakan 2 kolum..

no 2) widget… dkat blog aku ade widget wajib dengan shoutmix+iklan+link exchange je…hhohoh about me pon tarak..

no 3)header & banner.. hohoho aku rasa selama aku menjadi penulis blog ni… blog aku xpnag ade banner..hohooh

no 4) tatabahasa dan ejaan… hohoho aku tak pernah buat spell check lepas aku tulis….

no 5) kandungan penulisan.. ohhoho kandungan penulisan aku sangat carca marba.. minggu lepas mmg nama blogmenjerit hot!!! hohoho siap ada scandal kat dalam blog aku…

no 6) jadual.. hohoh biasanya aku menulis selang 2 hari.. tapi tetiba semnjak 2 mnjak ni jadi rajin plak tulis tiap2 hari…

no 7) aku dah mendaftar kat sume tempat tu.. tp twitter aku dah sebulan xupdate..hohoh da mulai bosan…

Reply to this comment
 
Comment by kiera
2008-08-30 05:28:59

ahahaha.
seserius menjawab soklan exam.
:)

Reply to this comment
 
Comment by nekadislam
2008-08-31 11:23:20

salam ziarah, bro..thanks for the tips and selamat berpuasa bro
8)

Reply to this comment
 
Comment by Eriyza
2008-08-31 11:57:06

Berblog sbb sy suka menulis blog.
Itu saja. Hehehe!!! :love:

Reply to this comment
 
Comment by amir
2008-08-31 12:20:12

antara blog malaysia yg plg rating pengunjung dari malaysia? bahasa melayu ke o bhsa omputih?? ;-(

Reply to this comment
 
Comment by akusiktauk
2008-08-31 13:15:15

aku punyer blog gune bhs tempatan.bhs s’wak.
:) :)

Reply to this comment
 
Comment by Elafyf
2008-08-31 18:13:11

saya rasa saya mungkin serius berblog kerana blog memberi inspirasi.
(skema ayat)

post2 ak dlm english sbb nk on adsense.so xde lar rojak sgt,
grammar jer tunggang langgang..

btw,
mmg post2 BM neyh cool2 giler r… 8)

Reply to this comment
 
Comment by Bat
2008-09-01 02:28:29

Err, ntah, serius kot..huhu.. :p

Reply to this comment
 
Comment by Istifajar
2008-09-01 13:36:35

iya..aku juga aneh kok blog ada yg private..mestinya kan untuk dibaca khalayak ramai… :)

Reply to this comment
 
Comment by Anis Hayati
2008-09-01 21:00:09

Lama tak menjenguk BM
sibuk benar skrg.
Apa pun, tips2 yg BM beri tu mmg sgt tepat
thanks for sharing =)

Reply to this comment
 
Comment by KruciaL
2008-09-02 12:51:27

Halooo…
blogger Indonesia berkunjung,
awalnya sedikit bingung tulisannya, but i realize ini blog nya orang malaysia…
salam kenal ^^

Reply to this comment
 
Comment by misz sensei
2008-09-02 19:42:02

akhir nyaaaa… jumpe balik blog ni..dah tukar url rupanyer..sib baik terjumpe link blog ni kat blog ntah sapa ntah tadi…anyway..keep up the good work yeee..
ermm..ada request ni…bleh buat entry pasal nak komersial kan blog kita takk? mcm redmummy.com tuuu… bleh jadi kan side income.. :)

Reply to this comment
 
Comment by angriani
2008-09-02 19:57:49

nice tips & gud n3
akak serius tau dalam berblogging ni

:D

Reply to this comment
 
Comment by Ridho
2008-09-02 22:18:08

Bagus banget mas, tahap-tahap untuk serius blogging. Boleh dicoba nih. :grin:

Reply to this comment
 
Comment by saifullahism
2008-09-03 10:46:50

tanks for the tips…….. akan disebarkan dengan seberapa segera…

Reply to this comment
 
Comment by abdfatah
2008-09-04 09:23:14

are you really serious???

Reply to this comment
 
Comment by Ryehana
2008-09-04 21:17:52

i started blogging since 2005. 1st blog just menulis di blog friendster. back then xdela ramai sgt orang yang berblogiat least, xmcm skrg]. at first, aku blog untuk lepas tension dan lepas geram.mcm kalo xpuas hati kat something, tapi tak dapat bersuara, jadi menulis pon okey la… then, blogging dah evolve into a journal. untuk catatan peristiwa dsbnya.

pada semua org, tujuan berblogging ni berbeza. tp tips kali ni mmg betul2 bermanfaat. for me, widget yang berlambak tapi tak guna memang menyemakkan…

cheerio!
salam.

Reply to this comment
 
Comment by KNizam
2008-09-06 16:51:11

aku berblog untuk merekodkan semua jalan2 cuti2 malaysia ngan jalan2 carik makan aku. hehe boleh kan ? :D

Reply to this comment
 
Comment by sickchild72
2008-09-07 09:33:52

miaahahahaha.

aku? serius? hahahhah.
aku men blog pasal ape pun tatau.
hik hik.

Your student,

sickchild72.

WUAKAAKAKAKAKKAKAKA :worried:

Reply to this comment
 
Comment by ezo
2008-09-07 16:21:23

aku masih baru lagi berblogging ni jadi trimas untuk tips ni..

nak mantapkan blog ni memang banyak alternatifnya..

terpulang kepada kreativiti dan usaha masing2..

chaiyo semua.. :D

Reply to this comment
 
Comment by dw
2008-09-08 02:26:44

blog suka-suka.
suka-suka blog.

good tips.
nice blog.

Reply to this comment
 
Comment by Cik Bee
2008-09-08 04:23:24

salam.

lately saye x pasti mengapa saye mmbuka blog. setelah mghabiskan mase mmbaca blog2 matang lagi serius, saye mnjadi semakin haru-biru bile membandingkan dgn blog saye. owhhh.

hehe. anyway, nice tips there.

slmt bersahur.

Reply to this comment
 
Comment by AfeaZD
2008-09-09 03:59:44

Ntah blogging….hmm bile ada masa kot.Time bz ..minta maap lah.Tp bila blogging,ble juga kurangkan stress huhu
——————————————————–
jomJOIN crystal sabah,www.crystalsabah.ning.com
-Photo Gallery
-Video Gallery
-Foruming
-Blog
-Member own profail
-Music
-Many More (also free)

Reply to this comment
 
Comment by Fishballisme
2008-09-15 20:12:29

Saya baru saja membaca blog kamu dari pada blog seseorang. Lalu saya berusaha mencari blog ini. Akhirnya jumpa jua.

Saya serius ber blog-ing tapi kadang² saya cuba untuk tidak terlalu serius. Bimbang saya akan menjadi orang yang serius dan tidak menggembirakan. Nanti apa pula kata kawan² saya bila tiba-tiba saya mahu menjadi seorang yg serius. Oh tidak.

Walaubagaimanapon, terima kasih di atas tips² yang begitu berguna buat saya.

Saya kini mulai gemar dengan bahasa skema ini. Tidak
keanak-anakan. Tak gitu? :)

Reply to this comment
 
Comment by pakchat
2008-09-16 00:49:17

bukan semua org ada blog…teringin nak ada blog sediri apa daya sekolah hanya kat sekolap atap atas.dapat baca blog orang dah besyukur…mana lah tahu ada benda yang boleh dibelajar…halal kan ilmu yang dibaca…:)

Reply to this comment
 
Comment by sis-lin
2008-10-22 09:58:25

tertarik dgn semua tutorial di sini,saya bdk bru bljar…

Reply to this comment
 
Comment by azlieJONET
2008-10-30 20:48:26

aku berblog sekadar mengisi masa lapang..

kalau busan2 tu or ada mende nak di share kan, aku berblog la..

tp semenjak dua menjak nie mmg kembali aktif.. hihi..

ntah hantu mana yg rasuk pun x tau la.. :))

Reply to this comment
 
Comment by shemmi
2008-11-12 11:11:24

blog untuk suka2
saya suka blog
blog saya suka saya
sebab itu saya punya blog
saya punya suka nak suka2 ke atau serius tahap batu blok!

ngeh ngeh ngeh….

acah aje…

thanks bro!

Reply to this comment
 
Click here to cancel "reply".
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)

Comments links could be nofollow free.
:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p

Trackback responses to this post

  • Advertisement





  • Tag Cloud

    add-ons adobe adobe photoshop anugerah baca selanjutnya background bandwidth customize domain e-book efek effect emotikon favicon fixed footer footer google grafik header home kalendar komentar label link tab motivasi mybloglog navbar newer post older post page rank plugin post footer posting resize sharethis sidebar social bookmark social button software tag technorati template thumbnail twitter widget blogger (108)
    grafik (10)
    lamanweb (21)
    muatturun (8)
    peribadi (15)
    wordpress (14)

    WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck requires Flash Player 9 or better.

  • RSS Blog peribadi penulis

    • Ini Baru Dirty JobDecember 5, 2008
    • Adakah Kamu Seorang Penagih Blog?December 1, 2008