Mencari BlogMenjerit yang hilang

Jangan salah sangka, ini bukan tutorial dan bukan juga laporan kehilangan kanak-kanak. Hampir 45 hari sudah berlalu dan penulis masih di awang-awangan lagi di dalam Wordpress. Mungkin disebabkan itu, penulis menggunakan latarbelakang awan sebagai penyeri untuk themes kali ini, jangan marah. Rasanya dulu penulis amat selesa berada di Blogger, dalam seminggu ada juga beberapa tutorial yang berjaya disiapkan untuk tatapan pembaca. Cuma kali ini di Wordpress, satu tutorial pun susah hendak disiapkan dalam masa seminggu. Banyak perbezaan di antara Blogspot dan Wordpress rupanya, walaupun penulis sedikit patah semangat insyaAllah semangat penulis akan bangkit kembali.
Walau bagaimanapun pembaca yang datang di blog ini masih tidak menurun, terima kasih buat diri sendiri (tepuk-tepuk). Buat masa ini penulis banyak menjalankan kerja-kerja mengedit tutorial terdahulu dan sebab itulah ramai pembaca yang perasan sudah kurang tutorial baru untuk Blogspot. Sebenarnya penulis mengedit tutorial yang rosak dan dalam masa yang sama penulis menambah tutorial untuk Wordpress. Sebenarnya kod yang digunakan dalam Wordpress tidaklah terlalu berbeza dengan Blogger. Nampaknya penulis ada 2 tutorial untuk disiapkan, satu untuk Blogspot dan satu lagi untuk Wordpress. Alahai, macam berbini dua la pulak.
Erm… Ada juga segelintir pembaca mengatakan penulis semakin sombong. Maaf ya, bukan penulis sombong. Hidup berblogging ini bukanlah pekerjaan tetap penulis, dan blog ini hanyalah untuk penulis bereksperimentasi dengan blog sahaja. Penulis juga mahu bermain Playstation 2, bergayut dengan awek diatas pokok dan juga menolong ibu didapur (ayat karangan darjah enam). Penulis sangat sayang blog ini dan tidak ada alasan untuk penulis tidak akan mengupdate blog ini. Penulis tidak boleh menipu diri sendiri jika sesuatu tutorial itu masih belum penulis fahami sepenuhnya semata-mata untuk mendapat pagerank yang tinggi. Sama-samalah kita subscribe blog ini, kehkeh.
Notakaki : Ada juga pembaca yang mengatakan penulis semakin hensem, benci betul






penulis menjadi semakin sombong sekarg ni..hohohohoho
haha, aku busy main playstation 2. jom la join
pssttt! mmg benci betul! mungkin pembaca itu gila, xpun rabun tahap maksimum. haha
pembaca tu nama dia chokilala kot? kahkah…
oh..begitu rupanye..
encik blogmenjerit, mcmana nak nak dpt coding disable right click. tesyen, kartun kena curik.
erm..nmpaknya penulis sudah memberi penjelasan yg terperinci mengenai kesunyian blognya semenjak dia berpindah ke wordpress.. Apapun, semoga terus maju.. Syabas..
lama2 biasa la tu bro.. sabar2…
oh ye, kalau x keberatan, boleh tak share dengan Khai js untuk tooltps tu? bila cursor letak kat mana2 link, dia akan keluar kasitahu link tu link ape…
Dulu kat blog lama, khai dah pernah pakai.. tapi yg baru, khai x ingat mana khai simpan.. hampeh sungguh…
emailkan kat khai ye.. khai_luct@yahoo.com … sama2 la kita membantu satu sama lain..
la sebelum ni ko kat blogspot eh. hehe
yupp, dah bertahun-tahun bersama dengan blogspot. haha
hehe… rilex ah. masih leh wat tutorial utk blogger. huhu…
Sumbunk kaa sejak pindah ke Wordpress??
Cheq rasa hang sama cam dolu jerk.
Apa pun hang musti terus menulih
tutorial tuk blogspot. Hehehe!!!
satu blog aja pusing ngaturinnya, apalagi 2….kalang-kabut
memang otai le blog menjerit…byk ilmu yang dpt dikongsi ramai..diharapkan blog menjerit alway in touch k…muaaahhhh
amboi, sedapnya ayat. haha, zedy punya ilmu pun kongsi la jugak.
jgn patah semangat wahai bm. keep fighting.