10 Cara untuk dapatkan perhatian pengunjung
1. Penggunaan imej. Jangan takut untuk meletakkan imej disetiap postingan, mata pengunjung lebih tertumpu kepada imej sebelum teks. Sebaiknya imej yang ingin diletakkan haruslah di resize dulu kelebarannya agar tidak terlalu besar. Satu imej untuk setiap satu posingan sudah cukup. Terdapat banyak perisian percuma yang boleh didapati di internet yang sesuai digunakan contohnya Picasa ataupun Photoscape.
2. Blog unik. Elakkan menggunakan templat yang popular. Sehebat manapun templat itu bila sudah ramai yang menggunakannya pasti ianya memboringkan. Apa yang penulis syorkan, cuba ubah apa yang templat anda sudah ada contohnya warna, widget dan sebagainya. Jika blog anda unik, pastinya anda lain dari yang lain. Contohnya blog ini, asalnya ia adalah default template Tic Tac, selepas 2 hari ianya nampak lebih berbeza dari templat asalnya.
3. Link Tab. Link Tab memang penting, cuba letakkan alamat URL yang penting sahaja. Antara alamat URL yang kerap digunakan adalah Home, Donate, About Me dan Subcribe. Cuba jadi kreatif agar idea yang anda ingin sampaikan berbeza dengan blogger lain.
4. Format penulisan. Bagi Wordpress, dashboardnya mungkin banyak kelebihan dari Blogger bukan? Walaupun begitu, apa yang penting cuba optimumkan penggunaan dashboard. Tulisan yang bervariasi membuatkan mata lebih fokus. Jangan jadikan blog anda seperti suratkhabar, lagipun tidak ada orang yang ingin membelinya. Penggunaan bold, italic, hyperlink, quote dan sebagainya harus diambil perhatian.
5. Interaksi dua hala. Adakalanya postingan kita akan di komen jika ia betul-betul menarik. Jangan biarkan pengunjung anda ‘bercakap dengan dinding’, cuba balas apa yang mereka komen. Jika komen berbentuk pertanyaan, cuba jawab secepat mungkin. Jika komen berbentuk pujian, cuba jadi bersederhana. Jika komen berbentuk teguran, jangan jadi sombong untuk terus membuangnya.
6. Menulis Headline dan Katakunci. Katakunci adalah untuk mesin pencari (search engine), ianya bukan untuk pengunjung. Cuba belajar kombinasi untuk cari headline dan katakunci terbaik untuk menarik perhatian pengunjung dan mesin pencari. Pastikan ejaan yang ditaip mengikut tatabahasa yang betul kerana Google amat menitikberatkan penggunaan ejaan. Tak kisahlah walaupun anda menulis dalam bahasa melayu pun.
7. Ringkas dan padat. Cuba jangan menulis sesuatu artikel terlalu panjang, secepat mana yang anda ingin sampaikan itu adalah penting. Seribu perkataan pun belum tentu boleh membuatkan pengunjung blog anda faham tentang apa yang anda telah tulis. Sebaiknya pecahkan topik yang anda ingin sampaikan kepada beberapa postingan. Contohnya bila anda menulis tentang Technorati, tak perlu menulis seperti Wikipedia. Pecahkan kepada maksud, kegunaan, isu semasa dan pelbagai lagi mengikut idea anda.
8. Sederhana dan bersih. Anda perlu memastikan blog anda besederhana dan bersih. Buangkan widget yang terlalu banyak. Walaupun ianya widget berguna, terlalu banyak widget boleh membunuh minat pengunjung. Cuba bezakan mana widget yang penting dan yang tak penting, seterusnya optimakan penggunaannya.
9. Widget Tentang Saya. Wajibkan diri anda memasang widget Tentang Saya pada Sidebar masing-masing. Walaupun nampak remeh, bagi pengunjung ianya amat penting dan mereka perlu tahu tentang siapa tuan punya blog itu. Letakkan imej yang paling hensem atau cantik sahaja, gunakan Photoshop jika perlu menipu. Diskripsi pula harus pendek dan ringkas, tak perluayat memuji-muji diri sendiri. Cukuplah memberitahu nama, lokasi dan tujuan anda berblogging.
10. Masa adalah segalanya. Anda pernah kira berapa berat blog anda? Anda pernah kecilkan saiz CSS anda? Jika tidak sila lakukan sekarang. Sudah lama penulis berblogging, banyak sekali templat yang dikeluarkan setiap hari dan ada sahaja yang menarik hati. Tak kira secantik manapun templat, elakkan memilih templat yang mempunyai banyak imej. Semakin berat templat, semakin bosan pengunjung blog anda untuk menjelajah ke postingan seterusnya. Templat yang terlampau berat merugikan diri sendiri.
Jadi untuk meningkat jumlah pembaca, bacalah tips di atas.
Sebar-sebarkanlah ya.






thanks 4 the info marzuki….
Salam Ki..Akak cuba guna bahasa melayu tanpa salah ejaan.
Terima kasih atas info yang diberikan. Insya Allah, akan dipraktikkan supaya ranking akan terus meningkat.
Oh ya, patutlah sekarang dah keluar wajah handsome.. (maaf,tercampur juga sedikit bahasa Inggeris iaitu ranking dan handsome). hahaha
sungguh berguna info anda
trimas..
wahahha
aha..gud info.. bleh gune untuk improve blog yg ade neh.
hihihi..
ade 1-2sindiran yg terkena btg idung
wekk..
Salam bahagia utk Cikgu B.M
Aku amat bersetuju sekali dengan pandangan cikgu dalam usaha kite untuk menaikkan page rank utk blog kite.
Sedikit komen dan same la pulak:-
1. Penggunaan Image - aku rase kosong kalau entri aku tadek image. Image pulak mesti bersesuaian dengan tajuk dan maksud yang ndak disampaikan. Bagi aku yang baru nak belajar ni, aku suke pakai image kat Google Image sebagai image rujukan.
2. Blog Unik - Template.. sudah tentu nko tau aku ni amat fail pasal template. Aku just menekalkan tema lapang dan tenang. Tak serabut dan tak berat. Bukan utk aku saja, tapi utk pengunjung aku.
3. Link - Bagi aku pulak aku suka bertukar-tukar link bersama blogger lain dan aku akan pamerkan sebagai membalas jasa mereka kerana selalu melawat blog aku. Lagipon senang aku nak masuk blog diaorang kalau aku lupa addressnye.
Bab link juga aku suka tambah kod _blank pada link supaya pengunjung mudah untuk ke link yang kita syorkan disamping tidak terus meniggalkan blog kita begitu saja.
4. Format penulisan - aku tak berapa nak pandai sangat pasai kesah ni. Apa yang penting bahase penggunaan dalam entri mesti mengikut dan bersesuaian dengan entri.
Sebagai contoh kalau entri marah, aku lebih suka pakai bahasa pasar. Manakala kalau entri bebentuk ilmiah, aku akan pakai bahase yang agak sedikit skema.
5. Interaksi 2 Hala - Kekadang jika terlalu sibuk, sampai tak ade mase nak balas komen 1 persatu. Care terbaik untuk memuaskan hati semua pihak, aku akan balas secara sekali gus. Namun begitu, aku akan kategorikan mengikut tokeh komentar. Seperti apa yang dipraktikkan oleh blogger-blogger lain.
Contoh:- 10 kementar dalam 1 reply.
Setiap 1 nama dibalas komentar mereka mesti diasingkan. Jangan campur aduk dengan komentar lain.
Example:-
Cybernatic - bla bla bla….
bla.. bla.. bla…
BlogMenjerit - bla..bla.. bla..
bla.. bla..
Dan begitulah.
6. Menulis Headline - Selalunya aku suka mencarik sedikit perbezaan dan akan menggunakan perkataan yang akan membawa maksud pembaca lain supaya berfikir sejenak. Dengan cara ni mereka lebih tertarik untuk bekomentar dan terus membaca blog kita.
7. Ringkas Dan Padat - Kalau sesuatu artikel yang aku keliarkan terlampau panjang, aku lebih suka menggunakan tutorial BlogMenjerit untuk Baca Seterusnya ver.2.
Ianya ringkas tetapi berkesan. Pengguna tidak akan ditransfer kepada page yang penuh sebaliknya code Baca Seterusnya ver.2 ini akan memendekkan karangan yang panjang tersebut.
Dengan kata lain pembaca masih dilaman utama. Memang agak menarik tutorial ni.
8. Sederhana & Bersih - Sebelum ni, blog aku agak sukar diterima kerana agak gelap dan muram. So, selepas mengikut nasihat rakan-rakan blogger aku menukar tema kepada putih dan lapang. So, tak semak mate memandang.
9. Widget - Tentang saya memang sudah tersedia pasang sejak azali lagi. Tapi mengenai widget yang lain aku tak suke semak samun. Sebab boleh memberatkan page aku.
Widget iklan, aku akan letak kat bawah sekali, seperti Nuffnang dan Adverlets. Letak kat atas pon same jugak. Jangan sampai blog anda dicop sebagai blog gile iklan. Boleh mual pengunjung anda kalau mengunjungi berulang kali.
10. Masa - Ini pon berkait rapat dengan penggunaan Java Script, advertisement, widget dan HTML.
Pendek kate, Blog berat - Pembaca lari. tak sesuai. Berblog sebagai meluangkan masa lapang, serta mendalami cara penulisan yang berkesan.
Kalau gile advertise, rentikan dengan kadar segera. Tadek orang boleh kaye dengan sekelip mate keculi die menipu diri mereka.
***P/S:- Jangan gile IKLAN, gile kentang tak pe~
Kreuger®
friendly81 : sama-sama, hehe
Intan & Eddie(Shahrul Fitri) : tak ada la hensem pun, cuma boleh tahan je. hehe, bahasa jiwa bangsa.
freeda : sama-sama, jangan lupa salin dalam buku nota ya, lalala
- nulu - : sama-sama, apa yang baik boleh amalkan
nanonano : kena batang hidung? tak cute la lepas ni
Mr. Azman : apa yang panjang-panjang ni? haha, buat terkejut orang je. ni siapa nasihat siapa ni? haha berduet plak dah. Sakit perut aku
ye.. bahasa jiwa bangsa.
terima kasih atas infonya ya. amat berguna sekali
sufilara : kadang-kadang bahasa melayu ni syok kalau guna. rasa macam pandai je walaupun tatabahasa berterabur. kalau kita tak guna sebetulnya, siapa lagi yang nak guna?
kalau aku comel sangat sangat sangat sampai tahap gila gila kuat ; pembaca lari tak?
hahahahhaa.
ingat. jgn makan jering.
wah..sgt bguna ini info!
thx :))
sickchild : comel gila atau gemuk gila ni? haha
eatmyshort : sama-sama, jangan lupa amalkan
wah ahahahah…..gile kentang… perang komentar.
Wujud idea bernas ma…. buat topic hangat lagi… lagi masyukk…. mesti ramai orang tampil untuk kasik komentor….
Note:- Dah kering idea nak taip panjang-panjang dah. Tuh laa nko, larang sangat!!! wakakaka~
Kreuger®
aku ada tambahan. jangan guna shortfont!!!
baguslah tips ni..sangat membantu…cayalah bm.hehehe
Mr. Azman : apa-apa pun terima kasih atas segala komen tu. hehe
Fendy : shortform? tu termasuk dalam gaya penulisan bukan?
Azie : bm pun caya sama azie
bagus3x…
heeee bagus juga nih langsung praktek ah thanks atas sharing nya
misi bang ikut mampir neh :k

cuman mau bilang
keren banget dan minta izin tuk saya pakai
makasih bang
wah… tips yg bagus bagi para blogger…
Wahhh Paci Marzuki makin yahud aja nih dengan Tutorial-tutorialnya
terus berkarya paci
Sukses Buat Paci Marzuki
*Bagi ringgitnya donk wkwkwkwkwkkw
Apa Tips Sebenarnya? Itu Rasa Macam Penyataan
apakah pendapat BM yang sejujurnya tentang blog kami?
berat?
terlalu banyak widget?
dari segi bahasa?
terima kasih di atas teguran dan nasihat encik BM.
ngeh ngeh ngeh
semakin hari semakin hebat.
tahniah!
boleh dipraktikkan nih..tq blog menjerit
very2 interesting post…thanks
mie : terima kasih
noval : jangan lupa dipratikkan
Andry_Blogger : boleh
lyla : hehe, istimewa untuk semua
gelandangan : terima kasih atas sokongan tersebut
mrozaidi : bukan tip, tapi cara
zariel : banyak yang berkaitan. blog yang kemas, ringan dan berkualiti amat dialukan. walaubagaimanapun ianya pendapat peribadi sahaja, selagi anda gembira dengan blog anda sudah cukup
jie : semakin hari semakin mencari ilmu
penulis jurnal comot : sama-sama
hafizd : sure?
wahh…info yg bagus…tqvm 4 d info!! have a nice day…
Content anda sangat cerdas dan dapat membantu blogger2 seperti saya menjadi semakin pintar.
Terus berkarya…
akuadadia : hehe, cerianya. terima kasih
bani risset : betul? tak lah, saya cuma ianya pandangan peribadi. apa-apa pun anda patut jadi blogger yang terbaik.
satu lagi tips ialah rajinkan diri memberi komen kepada blog orang lain. Itu merupakan salah satu langkah nak mempopularkan blog juga
Satu lagi cara nak meningkatkan jumlah pengunjung ialah dengan mengundang penulis jemputan. Teknik ini sangat popular di kalangan blogger yang sudah lama berkecimpung di alam blogging.
Bab template ni memang agak bersetuju. Kena pandai mereka bentuk blog yang unik, lawa tapi ringan.
Selain daripada itu, pastikan bahan tulisan bermutu tinggi. Kadangkala, menulis dalam Bahasa Malaysia yang rapi dan tidak berterabur dari segi tatabahasa mampu menarik minat pengunjung juga
yup,
memang bes info ni suma
makaseh blog menjerit
oden nak g edit dulu
uh hu~~~
blogmenjerit,
mula2 nak ucapkan terimakasih terlebih dahulu. blog biasa yang baru start last may.
i tak sempat nak explore keseluruhan intipati blog u, but anyway… i notice penuh dgn info. well it may help me here.
later i link ur blog okeh??
cheers,
info yg betol2 bguna. entri yg ni mmg best…
Bagos info ni.thanx
waa…info yg sgguh berguna..
walaupon sy sudah lama register blogger ini,tp baru skang mula nak berjinak2 aktif. kalo boleh,berilah tunjuk ajar pada sy..terima kasih~
terima kasih untuk info.
silalah lwat ke blog sya yer. maklumlah saya nih budak baru belajar…:)
hafiz238 : tip meningkatkan trafik tu cerita lain, he3. apa-apa pun terima kasih atas info tersebut. banyak legi sebenarnya tip, tapi 10 tip sudah memadai.
atoiaziz : sedap ke? sama-sama ya
phatabulousi : sama-sama sebab sudi belajar. kalau ada masa belajar la, jangan terburu.
sultan : sultan pun ada blog? he3
bunny : sama-sama
adeq : ambil la masa untuk belajar, semoga berjaya
fahmi : baiklah, jangan lupa link blog menjerit
salam..wah..sgat berguna kepada saya yang baru blaja nak memblog ni..nanti kalaw ncik blog menjerit kelapangan..datanglah melawat blog saye dan tinggalkan komen membina untuk saya..heheh..cayalah ncik blog menjerit..
oh begitu.Baru saya faham.
terima kasih.(;
insyaallah akan dipraktikkan
selalu nya saya jadi pembaca yg setia, tapi kali nie saya nak kasi komen plak, terima kasih utk info guide kali ini tuan rumah….hehe
Layout yang bagus. Dan isinya menarik, terutama artikel “10 Cara…” ini. Saya seorang Indonesia, dan ingin pula menjalin hubungan baik dengan Bloggers dari negara2 tetangga. Saya telah menaruh link Anda di “Hall of Fame” blog saya yang sederhana. Terima kasih.
Zebe Amadeus,
[Hadiah Tuhan untuk Dunia]
xtau pulak ade blog ni ;p btw thanks for sharing.. info yg sgt berguna utk blogger especially yg baru nk berjinak2 dengan blogging
maaf. sy xtau pula bhs inggeris x dibenarkan disini ;p
wah byk gak tips kat sini
Aku bagi satu lagi tips. Buat contest. Ini dapat mempromosikan blog kita terutama kepada user baru. Selain tu, kita juga kene komen kat blog orang lain. Baru orang kenal kita kan?
Tulisan yang menarik. Kebanyakan tips saya cuba praktikkan di laman blog saya. Terima kasih kerana berkongsi.
tapi nape header atas cm sama je nama ngn blog ajai aka blog oh blog owner tu..wat la nama blog menjerit..hehe
heh.tqtq
salam perkenalan..
sementara merayau-rayau di bandar teknologi ini,tersermpak lah saya dgn blog yg begitu menarik ini.thanks for the information.
sebenarnya saya nie baru sgt dlm dunia blog nie.nak letak kolum recent comment pn tak tau camne huhu…kerdilnya diri ini..ape2 pn its really a nice blog. can’t wait for the next entry.
info yang berguna…