Apa itu Technorati?
Jika anda mempunyai blog sendiri, anda boleh menggunakan Technorati untuk mempromosikannya. Anda boleh menuntut blog anda di Technorati dan mendapatkan Technorati ping blog anda bagi menyemak untuk bahan baru. Ini adalah satu cara untuk mendapatkan pembaca baru bagi blog anda. Anda juga boleh mendapat satu butang favourite untuk diletakkan dalam blog anda. Ini akan memudahkan pembaca blog anda untuk menambahkannya ke dalam senarai favourites Technorati mereka. Tag Technorati adalah satu cara yang baik untuk menguruskan semua penyertaan blog anda. Tag ialah perkataan atau ungkapan yang menggambarkan apa yang anda memblogkan. Contohnya ‘politik’, ‘Bush’, ‘Star Trek’ atau ‘haiwan ternakan terlepas’. Apabila anda meletakkan tag-tag ini dalam penyertaan blog anda, pembaca boleh click pada satu tag untuk melihat penyertaan blogger lain mengenai subjek tag tersebut. Dan pembaca blog lain dapat mencari penyertaan blog anda kerana tag tersebut. Penulis sedang menggunakan Technorati dan mendapati ia sangat berguna. Penulis berharap anda juga akan merasai sedemikian.
Ikuti tutorial bagaimana mendaftar Technorati disini.






thanx a lot!! dah tau dah apa itu technorati n dah register pun…tenkiuuu
miss cloudy : jangan lupa tambah blog bm ya
thanks..aku nak try gak la reg..
macey bro
bagus kata kita utk blogmenjerit
selamat hari raya
bagiuh tulisan tuan hamba